Presiden MIC tak perlu sibuk urusan Islam di Malaysia

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 24 Rejab 1438H, Jumaat – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan sembarangan, terutama hal yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Subramaniam yang juga memegang jawatan Menteri Kesihatan , tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam urusan Islam.

Nasrudin berkata demikian sebagai menegur Subramaniam yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak memerlukan Dr Zakir Naik kerana ulama di negara ini jauh lebih cekap dan berwibawa dalam membela agama kepada rakyat Malaysia.

Subramaniam mengeluarkan kenyataan itu selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengesahkan Dr Zakir mempunyai taraf penduduk tetap sejak lima tahun lalu.

“Asasnya, seseorang itu mestilah mempunyai permit masuk yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal.

“Taraf pemastautin tetap juga bukan hak kepada individu tetapi adalah satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing tersebut antaranya disebabkan oleh seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada.

“Sudah pasti proses ini telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebagai seorang menteri Subramaniam sepatutnya mengetahui dan memahami tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulamak Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

“Mengaitkan Dr Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah suatu tuduhan dan semata-mata andaian yang bukan-bukan oleh Datuk Seri Dr S Subramaniam,” katanya.

The post Presiden MIC tak perlu sibuk urusan Islam di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?