Puak angkat Islamofobia boleh angkat kaki keluar Malaysia
SISTEM berkiblatkan Barat kian hancur dan tidak mampu memenuhi keperluan kehidupan manusia. Buktinya ada di negara Barat.
Kapitalisme hanya menguntungkan pihak yang kaya dan menindas yang miskin.
Demokrasi adalah modal untuk berkuasa tetapi apabila Islam menang melalui demokrasi, Islam segera ditumbangkan dengan cara kekerasan.
Kebebasan hak asasi manusia yang dilaungkan hanya memenuhi tuntutan nafsu yang akhirnya merosakkan kehidupan.
Negara-negara Barat yang mengiktiraf LGBT bukan lagi tempat selamat buat mereka. Statistik jenayah adalah jauh lebih tinggi berbanding di negara kita.
Akhirnya manusia menjadi buntu dan tercari-cari jalan keluar.
Kita bersyukur kerana Islam adalah agama negara.
Sepatutnya Islam perlu diangkat lebih tinggi selari dengan peruntukan Perlembagaan yang menyatakan Islam adalah agama Persekutuan.
Hal ini kerana terdapat Islam adalah agama terbaik dan manfaatnya bukan sahaja kepada orang Islam, bahkan termasuk bukan Islam. Islam adalah agama yang diwahyukan, bukan agama ikutan, bukan agama warisan nenek moyang.
Sebahagian orang bukan Islam boleh menerima sistem perbankan Islam untuk lebih selamat dan untung dalam aspek kewangan. Ada juga yang berkhatan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.
Dua contoh pengamalan cara hidup Islam ini mudah saja diterima kerana mereka tahu dan rasai sendiri kelebihannya. Sedangkan, ada banyak lagi aspek kehidupan yang berasaskan Islam yang boleh diterima dan diguna pakai, bersesuaian dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke sekalian alam.
Kita juga hairan mengapakah golongan liberal sentiasa mencari idea untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam mengenai sistem Islam.
Media liberal seperti The Star, Free Malaysia Today, Malaysiakini dan The Malay Mail Online juga kerap mengangkat agenda Islamofobia sedangkan Islam adalah agama negara.
Sudah tentu mereka akan menafikan dengan mendakwa mereka bukan anti-Islam. Sama juga seperti parti rasis dan cauvinis yang berulang kali mendakwa mereka tidak anti-Islam.
Akan tetapi, saban hari kita akan membaca kenyataan-kenyataan yang disiarkan yang menghentam agenda perjuangan Islam. Parti Islam PAS dihentam kerana membawa usul RUU355. Begitu juga dengan NGO Islam seperti Isma yang hakikatnya memperjuangkan Islam dengan cara sederhana.
Hal yang sama berlaku pada Jakim, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam sebagai melaksanakan sumpah Yang Di-Pertuan Agong bagi memelihara Islam.
Selain itu, Pedang juga ingin menyatakan kekecewaan mendalam dengan sikap pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya kerana tidak membuat tindakan sewajarnya terhadap pelukis karikatur monyet yang terang-terangan menghina Islam.
PDRM juga tidak mengambil tindakan kepada peserta himpunan anti-355 yang telah menolak Islam secara terbuka apabila mengangkat kain rentang tertulis ‘Tolak Pengislaman Malaysia’.
Bukankah ini satu penghinaan melampau terhadap Islam dan umatnya?
Bukankah ini juga penghinaan terhadap Malaysia apabila agenda anti-Islam dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan?
Kepada pendukung agenda Islamofobia dan agenda anti-Islam, ketahuilah bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan ia wajar ditegakkan di negara bertuah ini.
Islam adalah warisan nenek moyang kita yang perlu dipertahankan.
Jika anda tidak suka dengan hakikat ini, dipersilakan angkat kaki, pergilah ke negara lain yang anda suka!
Kata Pedang: Agenda Islam dan Malaysia berpisah tiada.
Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.
The post Puak angkat Islamofobia boleh angkat kaki keluar Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan