Raja Bomoh kena tangkap

BANGI, 24 Rejab 1438H, Jumaat – Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin yang baru-baru ini melakukan upacara ‘memagar’ Malaysia daripada serangan senjata nuklear Pyongyang ekoran krisis diplomatik dengan Korea Utara – dilaporkan ditangkap di Segamat, Johor, hari ini.

Harian Metro melaporkan Ibrahim yang dikehendaki pihak berkuasa agama Islam, ditangkap di sebuah hotel di bandar itu.

Sementara, sebuah portal akhbar berbahasa Cina pula melaporkan Raja Bomoh itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disoal siasat.

Tangkapan itu dipercayai dilakukan selepas polis mendapat maklumat dan melakukan intipan di hotel berkenaan yang dikatakan menjadi tempat ‘persembunyian’ Ibrahim.

Ibrahim sebelum ini dikehendaki Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis selepas beberapa ritual yang dilakukannya yang dianggap merosakkan imej Islam.

Sebelum ini, satu klip video menjadi tular di media sosial menunjukkan Ibrahim bersama tiga pembantunya berada di pantai menggunakan dua kelapa, teropong, lima buluh, sejadah dan semangkuk air laut untuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Klip video itu turut menjadi bahan jenaka selepas disiarkan rangkaian televisyen Korea Utara.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ‘Raja Bomoh Malaysia’ akan dipanggil untuk siasatan berhubung ritual perbomohannya baru-baru ini.

Katanya, masyarakat perlu faham bahawa semua perkara yang bercanggah dengan Islam adalah tidak dibenarkan dan garis panduan perubatan Islam itu perlu dijadikan sebagai panduan orang ramai.

Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan baru-baru ini memberitahu, Jawi dan polis berusaha menjejaki Raja Bomoh itu.

The post Raja Bomoh kena tangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?