RON95, diesel naik 8 sen, RON97 naik 9 sen

BANGI, 15 Rejab 1438H, Rabu – Harga minyak mingguan akan naik lagi bermula tengah malam ini, dua minggu berturut-turut selepas turun pada minggu  pertama.

Berdasarkan harga terbaharu yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini, RON95 dan diesel mengalami kenaikan 8 sen seliter manakala RON97 pula 9 sen.

Dengan peningkatan itu, RON95 akan dijual pada kadar RM2.24 seliter dan RON97 RM2.52 seliter. Pada minggu lalu, kedua-duanya dijual RM2.16 dan RM2.43 seliter.

Diesel akan dijual RM2.16 seliter.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 19 April.

The post RON95, diesel naik 8 sen, RON97 naik 9 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?