Satu lagi jahiliah wujud jika blok pembangkang bekas sekutu PAS tawan Putrajaya


Oleh Razali bin Zakaria

ALOR SETAR, 30 Rejab 1438H, Khamis – PAS mengandaikan sekiranya blok pakatan politik pembangkang yang pernah menjadi sekutunya sebelum ini, berjaya mengambil alih pentadbiran negara, ia bagaikan satu lagi pemerintahan jahiliah selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhamad berkata, UMNO dan BN yang diberi peluang memerintah Kerajaan Persekutuan sejak merdeka telah gagal untuk membina sebuah negara sejahtera.

Katanya, pelbagai kerosakan dan kebinasaan telah berlaku, kesan daripada meninggalkan agama dalam pembangunan negara.

“Keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, kegawatan ekonomi dan lain-lain tidak pernah menginsafkan mereka untuk benar-benar menjadikan Islam sebagai panduan pemerintahan. Jika ada sekalipun ia hanya bersifat tempelan semata-mata.

“Ironinya, apa yang menyedihkan kita ialah rakan-rakan sekutu lalu dalam merintis jalan menuju ke Putrajaya turut menganut amalan politik yang sama dengan UMNO dan BN. Bahkan ada kalanya sanggahan mereka terhadap usaha-usaha pelaksanaan dan penghayatan Islam secara syumul lebih kuat berbanding dengan UMNO.

“Kita percaya jika pun persepakatan politik itu mencapai kejayaan ke Putrajaya dengan layanan sedemikian terhadap agenda Islam, ia hanya akan menjadi binaan jahlilah di atas keruntuhan jahiliah,” katanya berucap pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di sini, hari ini.

Ketika menghuraikan tema muktamar ‘Membina Negara Sejahtera’, beliau berkata, negara sejahtera mestilah berteraskan akidah dan bersendikan syarak.

“Apa yang menjadi masalah pada hari ini ialah apabila sebahagian umat Islam meletakkan logik akal sebagai syarat kepada pelaksanaan syariat Allah.

“”Jika akal dapat memikirkan kemaslahatannya maka barulah ia dilaksanakan dan jika tidak ia akan ditolak, sedangkan Islam mengajar kita bahawa tidak semua perkara syariah ini dapat dicapai oleh akal manusia tentang kebaikannya,” katanya sebelum mengucapkan jutaan tahniah kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana telah berjaya membentang Rang Undang-Undang Akta 355 sebagai salah satu langkah memartabatkan syariah di Malaysia.

The post Satu lagi jahiliah wujud jika blok pembangkang bekas sekutu PAS tawan Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?