Semua pihak, media perlu sensitif keluar tulisan, lukisan: KPN

KUALA LUMPUR, 15 Rejab 1438H, Rabu – Semua pihak termasuk media dinasihatkan supaya lebih sensitif terhadap perkara yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat berbilang kaum di Malaysia, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Malah, beliau turut mengingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang bentuk penulisan atau lukisan yang tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama.

“Saya nasihatkan semua termasuk media, kita perlu sensitif. Negara kita negara berbilang kaum, berbilang agama.

“Kita kena hati-hati perkara macam ini. Tetapi tak mengapa, biar kita jalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu karikatur disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan, Rakyat, Tan Sri Pandikan Amin Mulia.

Bercakap lanjut perkara itu, Khalid berkata, pihak polis menerima lebih 20 laporan terhadap akhbar itu ekoran daripada isu karikatur berkenaan.

Menerusi muka surat B2 akbar itu menyiarkan karikatur bertajuk “Akta Monyet”, yang menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

Bagaimanapun, selepas menyedari karikatur itu menjadi viral di media massa hingga kemarahan umat Islam, akhbar berkenaan memohon maaf kepada Hadi Awang dan Pandikar Amin serta menarik balik kartun itu dari eNanyang.my.

“Merujuk kepada kartun siaran Nanyang Siang Pau di muka surat B2 yang bertarikh 8 April 2017, Nanyang Siang Pau ingin meminta maaf kepada YB Tan Sri Datuk Panglima Pandikar Main Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS terhadap segala masalah yang timbul daripada kartun itu,” tulis akhbar itu.

The post Semua pihak, media perlu sensitif keluar tulisan, lukisan: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian