SPRM giat usaha perangi rasuah dalam industri bola sepak

KUALA LUMPUR, 21 Rejab 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menggiatkan lagi usaha memerangi gejala rasuah dalam industri bola sepak negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mengambil tindakan segera sekiranya menerima sebarang maklumat atau aduan berhubung perkara itu.

“Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai jika terdapat sebarang maklumat atau aduan yang diterima menunjukkan terdapat kes prima facie, maka kita akan ambil tindakan.

“Kita perlu memastikan bahawa kecemerlangan sukan di negara ini tercapai,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang bookie dan tiga pemain ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan rasuah berhubung isu mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana membabitkan kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

SPRM menahan bookie berusia 49 tahun itu pada 5 April lalu selepas didakwa menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab itu untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pada 6 April, tiga pemain bola sepak MISC-MIFA; dua pemain tempatan masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dan pemain import Argentina berusia 29 tahun ditahan reman kerana dipercayai menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie untuk menentukan perlawanan.

Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung siasatan penahanan kesemua suspek berkenaan.

The post SPRM giat usaha perangi rasuah dalam industri bola sepak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?