YPPB tawar RM70 juta bantu pelajar Bumiputera mahu jadi akauntan profesional

KUALA LUMPUR, 28 Rejab 1438H, Selasa – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan kerjasama Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) menawarkan biasiswa sehingga RM70 juta buat pelajar Bumiputera yang berhasrat menjadi akauntan profesional.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Azura Raja Mahyuddin berkata, biasiswa itu ditawarkan di pusat perakaunan profesional di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi meningkatkan bilangan akauntan profesional Bumiputera.

Peruntukan berjumlah RM70 juta itu, katanya, dianggarkan dapat membiayai kira-kira 1,000 pelajar yang memerlukan di antara RM70,000 hingga RM80,000 bagi melengkap¬kan satu kursus perakaunan profesional.

“Kaum bumiputera diakui sememangnya ramai terlibat di dalam industri perakaunan tetapi kebanyakan mereka hanya di tahap diploma dan ijazah, justeru, kami mahu meyakinkan mereka agar mendapatkan kelayakan profesional supaya mereka mendapat peluang yang lebih bagus.

“Menerusi program ini, kami menyasarkan peningkatan jumlah bumiputera yang memegang pensijilan perakauan profesio¬nal daripada lapan peratus atau 1,658 ketika ini kepada 25 peratus menjelang 2020,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.

Beliau berkata, para pelajar da¬ripada keluarga kurang berkemampuan yang menepati keperluan akademik dan bercita-cita menjadi akauntan profesional akan diberi keutamaan.

Biasiswa itu ditawarkan di pusat perakaunan profesional di UiTM bagi meningkatkan bilangan akauntan profesional Bumiputera.

Pusat itu menawarkan empat bidang profesional perakaunan iaitu Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW), Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA) dan Ins¬titut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

The post YPPB tawar RM70 juta bantu pelajar Bumiputera mahu jadi akauntan profesional appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?