3 Exco Selangor kekal: Keputusan Jawatankuasa PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan tiga Exconya yang mengaggotai kerajaan campuran di Selangor, kekal bertugas seperti biasa sehingga Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali membuat keputusan, sekali gus mendapat perkenan Sultan Selangor.

PAS memutuskan untuk menunggu perkembangan selanjut berhubung pergolakan selepas Majlis Syura Ulamanya bersetuju memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat tertutup yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, hari ini.

“Pelantikan mereka adalah diperkenan oleh Sultan Selangor dan oleh itu, kita akan menunggu perkembangan lanjut sebelum membuat keputusan.

“Justeru, tiga Exco akan terus berkhidmat seperti yang kita mahu dalam melancarkan pentadbiran Selangor tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan bahawa PAS mengarahkan wakil rakyat di Selangor untuk menarik diri daripada kerajaan campuran yang diketuai PKR itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedudukan tiga Exco itu masih kekal selagi tiada keputusan dimuktamadkan dan diperkenan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melibatkan Undang-undang Kerajaan Tubuh Negeri 1959.

“Ia terpulang kepada Sultan, dan sudah tentu jika ia mendapat cadangan dari menteri besar. Itu prosedur. Sebab itu PKR tidak buat keputusan dan tunggu menteri besar balik untuk buat apa-apa. Sebab ia dalam Perlembagaan,” katanya.

Jelas Takiyuddin, PAS tidak akan mengeluarkan sebarang arahan peletakan jawatan sehingga keputusan dibuat selepas Azmin pulang ke Malaysia.

“Apa pun, menteri besar kena minta perkenan dari Sultan dan itu terpulang pada Tuanku. Kita akan kekal dan tiada sebarang arahan,” katanya.

The post 3 Exco Selangor kekal: Keputusan Jawatankuasa PAS Pusat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian