65 peratus pekerjaan diramal tidak lagi wujud pada 2027
KUALA LUMPUR, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kira-kira 65 peratus pekerjaan sedia ada di negara ini diramal tidak wujud lagi pada 2027.
Menurutnya, ia berikutan Revolusi Industri Keempat atau Era Digital yang bakal menyaksikan kemajuan dan penggunaan teknologi secara radikal.
Susulan itu, katanya, pengupayaan bakat dan potensi rakyat Malaysia khususnya tenaga kerja mahir perlu digiatkan.
“Kita nak bernafas pun susah kerana dunia bergerak terlalu laju seiring perubahan ekonomi digital.
“Kerajaan meletakkan harapan tinggi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Dewan Perniagaan Melayu (DPMM).
“Kita akan mengundang pucuk pimpinan tinggi DPMM berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan selepas itu menemui saya bagi hal berkaitan Unit Perancang Ekonomi (EPU).
“Kita ingin pastikan penggunaan teknologi mampu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti terutama dalam kalangan golongan Bumiputera pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke-51 di sini, hari ini.
The post 65 peratus pekerjaan diramal tidak lagi wujud pada 2027 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan