Admin Whatsapp tak boleh jadi ahli senyap: Garis panduan SKMM

KUALA LUMPUR, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Pentadbir (admin) WhatsApp tidak boleh menjadi pentadbir yang senyap atau tidak aktif.

Demikian menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini kerana pentadbir perlu memainkan peranan memantau setiap ahli termasuk mengeluarkan mereka yang membuat komen yang jelik di dalam sesebuah kumpulan.

Garis panduan itu juga menyebut bahawa seseorang admin itu juga tidak boleh menggalak, menghasut dan bersubahat terhadap komen negatif yang dibuat.

“Pentadbir perlu memaklumkan kepada semua ahli kumpulan sebab utama kumpulan aplikasi pesanan itu diwujudkan dan menyatakan peraturan asas yang perlu, dan tidak menjadi pentadbir yang senyap atau tidak aktif,” kata garis panduan itu yang disiarkan di laman web SKMM.

Suruhanjaya yang mengeluarkan peringatan itu berkata, nasihat itu diberikan kepada pentadbir supaya mereka sentiasa prihatin terhadap peraturan serta syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform, termasuk perlu menyemak komen diberikan.

Peringatan itu dikeluarkan susulan perkembangan baru-baru ini iaitu pentadbir sesebuah kumpulan aplikasi WhatsApp boleh diambil tindakan jika gagal menyekat penyebaran berita palsu.

Orang ramai boleh melayari laman web SKMM, http://ift.tt/2qFI2o8 bagi mengetahui lebih lanjut arahan dikeluarkan tersebut.

The post Admin Whatsapp tak boleh jadi ahli senyap: Garis panduan SKMM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?