Buaya satu tan terperangkap di pintu air stesen janakuasa

SHAH ALAM, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu air kolam takungan di kawasan stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Ventures (KEV) di Kampung Tok Muda dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.45 malam.

Dengan bantuan pekerja KEV, pasukan bomba menemui haiwan berkenaan pada kira-kira 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa itu, katanya ketika dihubungi hari ini.

“B​​omba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya itu kerana kedudukannya di kawasan sempit dengan kedalaman kira-kira sembilan meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Petugas bomba menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.

“Kerja menyelamat ditamatkan pada 10 pagi tadi dan buaya berkenaan diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” kata Zaidi.–  Bernama

The post Buaya satu tan terperangkap di pintu air stesen janakuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian