Cegah gangsterisme dengan sertai Akademi Remaja KRIM (ARK)




Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) menyarankan supaya guru-guru dan ibu bapa menggalakkan pelajar-pelajar dan anak-anak mereka untuk menyertai Akademi Remaja KRIM untuk mencegah mereka daripada telibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti gangsterisma.

Menurut Pengarah KRIM cawangan Kuala Terengganu, Ustaz Ramadhan Awang, Akademi Remaja KRIM menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para remaja dengan tujuan untuk mencungkil potensi dan bakat yang ada pada diri mereka.

"Akademi Remaja KRIM mengambil kira pembangunan diri remaja dalam semua aspek termasuk fizikal, sosial, akademik dan kerohanian

"Akademi ini dijalankan serentak di 30 cawangan KRIM di seluruh negara bermula Jun ini secara bulanan dan pada November nanti akan diadakan program peringkat nasional yang akan menghimpunkan peserta-peserta terbaik di seluruh Malaysia.

Menurutnya, tahun ini merupakan tahun ketiga akademi ini dilaksanakan dan rata-rata peserta seronok dan berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

"Hasrat kami supaya remaja di seluruh Malaysia diisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat supaya mereka tidak terperangkap dengan gelaja yang tidak sihat. Remaja harapan negara, kita sepatutnya berganding bahu untuk membentuk jati diri mereka," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian