Cemerlang Pelajaran, Tidak Bermakna Tidak Boleh Cemerlang Berpersatuan

Oleh Norlia binti Salleh

Kota Samarahan, 16 Mei – “Untuk cemerlang dalam pelajaran, tidak bermakna kita tidak dapat turut cemerlang dalam berpersatuan.” Demikian kata Amalina Annuar ketika dihubungi setelah berjaya merangkul Anugerah Tun Abang Salahudin pada Malam Apresiasi Gemilang Mahasiswa (MEGAH), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini.

Ketika ditemuramah, dia turut menyatakan bahawa untuk memastikan mahasiswa mampu menyeimbangkan antara pelajaran dan berpersatuan, mahasiswa haruslah berusaha membahagikan masa sebaiknya. Susun jadual dengan baik agar masa 24 jam dapat digunakan dengan optimum.

Tambahnya lagi, terdapat banyak faktor yang mendorongnya untuk terus berjaya dalam kedua-dua hal tersebut. Antaranya adalah dorongan daripada kedua ibu bapa, ahli-ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) khususnya, guru-guru dan rakan-rakan yang turut sama membantu dalam pelajaran.

Antara kriteria untuk dicalonkan bagi Anugerah Tun Abang Salahudin adalah pelajar terbaik dari aspek memaparkan nilai dan jati diri muslim yang boleh dicontohi serta bergiat aktif dalam program bersifat Islami di peringkat kampus, pelajar terbaik dalam aspek ketrampilan diri muslim, PNGK minimum 3.0 keatas dan menonjol dalam aspek kepimpinan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi serta merebakkan nilai individu muslim yang positif dan wasatiyah.

“Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa” katanya pada akhir temubual.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian