Dalian Wanda sedia ganti China Railway majukan Bandar Malaysia, lapor akhbar

SINGAPURA, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Pemaju hartanah terbesar di China yang dimiliki oleh jutawan Wang Jianlin, lelaki terkaya di republik itu dijangka bersedia menjadi pemaju induk Bandar Malaysia.

Jangkaan itu dilaporkan susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China minggu ini yang memberi kemungkinan sebuah syarikat pemaju baharu akan dibawa masuk untuk projek tersebut.

Bagaimanapun, harapan untuk mendapat pelabur besar dari China mungkin tidak menjadi kenyataan sekiranya Beijing meneruskan dasar kawalan modalnya yang menghalang pengaliran keluar Yuan ke negara lain, dalam jumlah yang banyak.

Akhbar The Straits Times Singapura memetik sumber pegawai kerajaan dan eksekutif kewangan sebagai berkata, Kumpulan Dalian Wanda, pemaju hartanah terbesar di China bersedia untuk menjadi pemaju induk bagi Bandar Malaysia.

Eksekutif kanan Dalian Wanda dilapor menyatakan minat mereka dengan Bandar Malaysia apabila mereka bertemu dengan Najib semasa lawatan ke China November lalu.

Kumpulan itu dilapor mencadangkan supaya separuh daripada keluasan Bandar Malaysia digunakan untuk pelancongan dan usaha berkaitan hiburan yang bernilai AS$8 bilion.

Bagaimanapun, tawaran Dalian Wanda dilaporkan sedang menunggu kelulusan daripada pihak pengawal selia kewangan China, yang kini mengawal aliran keluar modal dari negara itu.

Akhbar itu melaporkan sekiranya ia diluluskan, perjanjian akan ditandatangani ketika lawatan Najib ke China minggu ini.

Terdahulu, TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan, mengumumkan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC), dibatalkan berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Perjanjian itu membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, bernilai RM7.41 bilion. Keseluruhan pembangunan Bandar Malaysia membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.

Tulah Bandar Malaysia terhadap 13 projek China di Malaysia

The post Dalian Wanda sedia ganti China Railway majukan Bandar Malaysia, lapor akhbar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian