Dua murid sekolah agama Sarawak jaguh matematik dunia

Najmi (kiri) bersama Jad menunjukkan pingat emas yang dimenangi.

BANGI, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Dua pelajar Malaysia mencatat nama dalam senarai murid pintar matematik apabila meraih pingat emas pada Pertandingan Matematik Dunia Ke-14 2017 (WMC 2017) di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Anak Bumi Kenyalang itu, Jad Haris Sabaruddin dan Najmi Asyraaf Abdul Halim, kedua-duanya murid Tahun Enam mengharumkan nama negara, sekali gus menjadi anak Malaysia pertama memenangi pingat emas dalam pertandingan peringkat dunia.

Memetik laporan Utusan Borneo Online, kedua-duanya yang bersekolah di Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub dan Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, mewakili Malaysia bersama 23 lagi murid sekolah rendah.

Selain itu, wakil Sarawak turut membawa pulang empat pingat perak dan 18 gangsa dalam pertandingan itu.

WMC adalah pertandingan yang pada asalnya diperkenal oleh Sistem Pendidikan Sakamoto berpangkalan di Singapura dengan kerjasama Sakamoto Seminar Jepun. Pertandingan itu adalah bertaraf dunia.

“Latihan berterusan, sokongan ibu bapa dan semangat untuk terus bersaing tanpa mengenal kalah adalah rahsia kejayaan saya,” kata Jad kepada media.

Katanya, kemenangan itu bukan sesuatu yang percuma, sebaliknya dia berkorban dan berusaha dengan penuh cekal bagi mencapai kejayaan itu.

The post Dua murid sekolah agama Sarawak jaguh matematik dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian