Hadi Awang jalani rawatan jantung esok

KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur, esok.

Menerusi satu kenyataan, hari ini, Setiausaha PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan ahli Parlimen Marang itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.

“Sehubungan dengan itu, saf kepimpinan PAS ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, di kurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia.

“Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini,” katanya.

The post Hadi Awang jalani rawatan jantung esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian