Insiden Jumaat: Jangan parkir ikut suka kerana nak solat

KLANG, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Jangan parkir ikut suka kerana hendak solat, hingga menyusahkan pengguna jalan raya lain, demikian nasihat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau juga menasihatkan umat Islam agar mengamalkan sikap toleransi dan tidak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berhubung kes pergaduhan di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari itu, dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan seorang pemandu.

Kerana kesukaran itu, pemandu berkenaan telah membunyikan hon ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Berikutan itu, sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid dilaporkan merusuh dan memukul pemandu serta merosakkan kenderaannya.

Mohamad Adzib berkata, umat Islam tidak sepatutnya menjadikan kejadian itu sebagai alasan untuk mewujudkan sifat benci dalam kalangan masyarakat yang berbeza fahaman agama.

“Kenapa sebagai umat Islam kita tidak boleh bertolak ansur dan tanam sikap toleransi dalam diri,” kata beliau.

Kejadian itu kemudian menjadi tular di laman sosial. – Bernama

The post Insiden Jumaat: Jangan parkir ikut suka kerana nak solat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian