JKM minta orang ramai tidak beri sedekah kepada pengemis

KOTA BHARU, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta orang ramai untuk tidak memberi sedekah kepada pengemis, termasuk gelandangan yang berkeliaran.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM, Ruslan Baba berkata, peringatan itu dibuat agar mereka tidak tertipu dengan sindiket yang kini berleluasa.

Katanya, jika mahu, orang ramai boleh bersedekah melalui saluran yang betul.

“Peminta sedekah di negara ini semakin ramai. Bagi mereka itu cara cepat untuk mendapatkan wang.

“Bahkan ada yang sanggup berlakon menjadi cacat seperti kudung kaki dan mata buta sedangkan mereka sempurna dan mampu bekerja,” katanya.

Jelas Ruslan, warga asing turut dikesan menjadi sebahagian peminta sedekah di negara ini.

“Kira-kira 300 tangkapan dibuat sehari di seluruh negara dan sebanyak 45 peratus adalah warga asing berasal dari China, Indonesia serta pelarian Rohingya.

“Di Kelantan, ramai antara peminta sedekah dikesan adalah warga Thailand,” katanya.

The post JKM minta orang ramai tidak beri sedekah kepada pengemis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian