JPJ keluarkan lebih 44,000 saman Awas, Kejara

NIBONG TEBAL 6 Mei , 9 Syaaban 1438H, Sabtu –  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 44,817 saman atas kesalahan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Bercakap perkara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, statistik itu diperoleh untuk tempoh antara 1 April sehingga dua hari lalu.


“Sebanyak 38,174 saman kerana memandu melebihi had laju dan 4,817 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Program 1Komuniti 1JPJ Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh hari ini.


JPJ pada 15 April lalu memperkenalkan sistem Awas bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang hanya melibatkan kesalahan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

Selain itu, JPJ berkemungkinan untuk memasukkan sepenuhnya kesalahan lain menjelang tahun ini, dan memasang lebih banyak kamera.

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi memboleh pelaksanaan Awas diluluskan di Parlimen pada tahun lepas.

Selain berdepan denda minimum RM150 di bawah AES, lesen pemandu juga akan digantung atas kesalahan memotong di garisan berkembar di bawah sistem Awas, termasuk melanggar lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju.

 

The post JPJ keluarkan lebih 44,000 saman Awas, Kejara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?