Jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat 116 orang

KUANTAN, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Jumlah mangsa banjir di Temerloh setakat pukul 9 pagi ini meningkat kepada 116 orang berbanding 96 orang, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Pasu, Kuala Krau, Kuala Gandah dan Kampung Asli Sungai Enggang.

“Mereka ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara iaitu di Surau Kampung Penderas (15 orang), Dewan Orang Ramai Kampung Pasu (64 orang) dan Surau Sok Mek (21 orang).

“Enam belas orang lagi dari Kampung Orang Asli Sungai Enggang yang turut terjejas dengan kejadian banjir ini berpindah ke rumah saudara mara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, keadaan banjir di Kampung Pasu, Penderas, Kuala Krau semakin pulih dan air telah surut di kebanyakan tempat.

Zainal berkata, pusat pemindahan dijangka ditutup tengah hari ini sekiranya keadaan bertambah baik.- Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat 116 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian