Kejohanan Badminton Wanita Isma Klang kempen cara hidup sihat

KLANG, 10 Mei – “Kejohanan Badminton Wanita anjuran Biro Wanita Isma Cawangan Klang ini bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat kepada golongan wanita selaras dengan tuntutan Islam. ujar Ustazah Siti Umi Kalsom selaku pengarah program.

“Walaupun program ini baru pertama kali dianjurkan namun sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Hampir 30 peserta yang menyertai pertandingan ini dalam tiga kategori yang berasingan iaitu kategori terbuka, beregu (18-35) dan beregu (36-50),”ujar Ustazah Siti Umi Kalsom selaku pengarah program.

Selain itu, Ustazah Umi turut menjelaskan dengan penganjuran kejohanan ini, Wanita Isma dapat menunjukkan kesyumulan Islam yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan bukan hanya di masjid atau kuliah-kuliah agama sahaja.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Ketua Wanita ISMA Cawangan Klang iaitu Ustazah Noriah Yusoh yang turut sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sebagai makluman Biro Wanita ISMA Klang amat sinonim dengan penganjuran usrah umum wanita yang berlangsung setiap minggu di beberapa tempat yang berbeza.

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian