Korea Utara dakwa CIA cuba bunuh Jong-Un

PYONGYANG, 9 Syaaban 1438H, Sabtu – Korea Utara mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan perisikan Seoul cuba membunuh pemimpinnya, Kim Jong-un menggunakan senjata kimia

Kementerian Keselamatan Negara Korea Utara dalam satu kenyataan berkata, CIA dan Perkhidmatan Perisikan Korea Selatan terbabit dalam rancangan untuk membunuh Jong-Un dengan menggunakan senjata biokimia.

“Bagi CIA, penggunaan bahan biokimia, termasuk bahan radioaktif dan racun adalah cara terbaik yang tidak memerlukan akses ke sasaran.

“Kesannya akan kelihatan selepas enam atau 12 bulan,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu turut mendakwa CIA dan Perkhidmatan Perisikan Korea Selatan merasuah seorang warga Korea Utara bernama Kim untuk melakukan serangan terhadap Jong-Un.

“‘Kim’ menerima wang sogokan daripada CIA untuk membunuh Jong-un ketika perarakan tentera pada 16 April lalu.

“Ia satu bentuk keganasan, bukan sahaja terhadap negara kami, tetapi juga terhadap kemanusiaan,” kata kenyataan itu lagi. – Agensi

The post Korea Utara dakwa CIA cuba bunuh Jong-Un appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian