Lelaki AS maut ditikam kerana lindungi wanita Islam

PORTLAND, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Seorang lelaki maut, manakala dua lagi parah ditikam seorang penumpang keretapi komuter di Portland, Oregon selepas cuba melindungi sepasang wanita Islam daripada diganggu.

Polis berjaya menangkap suspek yang dikenal pasti sebagai Jeremy Joseph, 35, selepas serangan yang berlaku pada petang Jumaat lalu.

Jabatan Polis Portland dalam satu kenyataan berkata, insiden berkenaan tercetus apabila Joseph mengejek dengan perkataan menghina kepada etnik dan agama dua wanita berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan tiga penumpang lain cuba melindungi wanita tersebut daripada terus dikasari oleh suspek sebelum ditikam dan menyebabkan salah seorang daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek ditahan terhadap pertuduhan membunuh, cubaan membunuh dan memiliki senjata berbahaya, menyebabkannya tidak boleh diikat jamin sehingga perbicaraan.- Agensi

The post Lelaki AS maut ditikam kerana lindungi wanita Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian