MAIS lancar Modul Istitabah pulihkan pesalah akidah

KLANG, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini melancarkan Modul Istitabah – modul pertama seumpamanya di Malaysia yang akan memberi panduan ke arah memulihkan pesalah akidah dalam kalangan umat Islam di negeri ini dan mereka yang mencemarkan agama Islam.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, menerusi modul yang dibangunkan Mais itu, pesalah akidah akan dipulihkan secara berperingkat bermula daripada saringan klinikal, kerohanian Islam dan pengukuran tahap riddah (murtad).

Kesalahan mencemarkan agama Islam termasuk pemujaan salah, mempersendakan ayat al-Quran dan hadis serta pengisytiharan individu itu bukan lagi Islam.

Kesalahan ini tertakluk di bawah seksyen yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

“Modul ini juga menyediakan khidmat sokongan pasca pemulihan bagi memastikan akidah pesalah ini terus kekal bersama Islam,” katanya selepas majlis pelancaran modul itu hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Sosial Mais, Ahmad Shahir Makhtar.

Adzib berkata, modul ini juga diharapkan menjadi panduan kepada Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam di seluruh negara sebagai langkah memulihara kesucian Islam, selain dapat membimbing umat Islam untuk terus istiqamah dan kekal dengan ajaran Islam.

The post MAIS lancar Modul Istitabah pulihkan pesalah akidah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian