Malaysia gesa Korea Utara henti ujian senjata nuklear, peluru berpandu

KUALA LUMPUR, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Malaysia menggesa Korea Utara supaya menghentikan ujian nuklear dan peluru berpandu yang dilihat akan mencetuskan ketegangan serantau.

Menerusi satu kenyataan, Wisma Putra menyuarakan kebimbangan berkenaan tindakan negara itu yang menjadi ancaman kepada negara serantau.

“Malaysia berasa amat gusar atas tindakan Korea Utara yang secara jelas mencabuli resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.

“Dalam hal ini, Malaysia menyeru Korea Utara kembali komited terhadap dialog dan rundingan bagi tujuan mencapai keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa secara amnya,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra menggesa Korea Utara melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab antarabangsanya di bawah resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ini kerana, ujian peluru berpandu menghalang sebarang usaha untuk mewujudkan keamanan berkekalan di Semenanjung Korea dan dunia secara amnya.

“Ia juga menjejaskan usaha global untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Sehubungan itu, Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu jarak sederhana oleh Korea Utara pada 14 Mei lalu,” kata kenyataan itu.

The post Malaysia gesa Korea Utara henti ujian senjata nuklear, peluru berpandu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian