PDRM Melaka dirombak serta merta
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, arahan pertukaran itu berkuat kuasa serta-merta selepas lapan pegawai dan anggotanya termasuk dua Ketua Polis Daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jelas Khalid, rombakan ini adalah fasa pertama dan langkah seterusnya akan dilakukan secara berterusan.
“Saya akan ke Melaka pada Jumaat ini untuk bertemu dengan anggota kontinjen,” katanya, hari ini.
Mengulas mengenai salah laku membabitkan anggota PDRM, Khalid berkata, pihaknya sama sekali tidak berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan.
Justeru katanya, siasatan dalaman turut dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) terhadap anggota yang tidak menjalankan tugas dengan betul.
“Setakat ini, JIPS sudah menahan 21 anggota membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan jabatan lain,” katanya.
The post PDRM Melaka dirombak serta merta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan