Pengarah Urusan dan CEO The Star mesti bertanggungjawab

Permohonan maaf dan pemberhentian dua orang editor kanan tidak memadai untuk membendung kemarahan umat Islam akibat luka tikaman berkali-kali oleh akhbar ini

Wong Chun Wai

BERITA perlucutan jawatan dua orang editor kanan akhbar The Star ekoran penerbitan gambar dan tajuk yang menimbulkan kemarahan umat Islam di awal Ramadan adalah dialu-alukan. Bagaimanapun, ini bukan satu-satunya “dosa” The Star terhadap umat Islam.

Dikhabarkan buat sementara waktu segala urusan tentang operasi editorial akhbar ini akan diambilalih oleh Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Urusan dan CEO akhbar tersebut.

Mungkin ramai pembaca yang tidak tahu atau sedar bahawa sebelum ini akhbar The Star telah menerbitkan beberapa artikel/rencana yang bersifat kontroversi. Tapi kami tahu apa yang kamu lakukan dahulu:

KES 1

Pada 10 Ogos 2011 – The Star menyiarkan satu Artikel Sisipan bertajuk Ramadan Delights yang dihiasi gambar hidangan daging babi dalam Edisi Khas bulan Ramadan.

Pada keesokan harinya iaitu 11 Ogos, akhbar The Star minta maaf.

Dua orang editor kanan Lim Cheng Hoe dan Daryl Goh dikhabarkan digantung tugas mereka.

Ketua Editor ketika itu, iaitu Pengarah Urusan dan CEO The Star di atas telah dipanggil mengadap Kementerian Dalam Negeri.

KES 2

Pada 27 Februari 2012 – The Star menyiarkan gambar promosi penyanyi Erykah Badu yang bertatukan perkataan Allah di dadanya.

Akhbar itu meminta maaf keesokan harinya (28 Februari 2012).

KES 3

Pada 6 Oktober 2013 – The Star menyiarkan satu berita tentang perkahwinan kanak-kanak dengan gambar seorang yang kelihatan seperti kanak-kanak bertelekung sedang bermain “masak-masak”.

Tiada permohonan maaf.

KES 4

Pada 27 Mei 2017 – The Star pada muka depannya, menyiarkan gambar umat Islam sedang solat berjemaah dengan tajuk besar Malaysian Terrorist Leader.

Pada 29 Mei 2017, akhbar ini meminta maaf dan memberhentikan dua orang editor kanannya.

Perhatikan – Sudah EMPAT (4) kali akhbar ini menyiarkan berita dan gambar yang memfitnah umat Islam dan hanya meminta maaf setelah umat Islam “mengamuk” di media sosial di atas kedurjanaan ini. Semua alasan yang diberikan terhadap “keterlanjuran” ini adalah sangat dangkal dan bodoh.

Berapa kali lagikah umat Islam akan menanggung penghinaan sebegini rupa? Dan kita belum mengulas tentang perbuatan yang serupa oleh media-media sosial lain, yang saban hari menyiarkan artikel, rencana atau tulisan yang berunsur fitnah dan hasutan terhadap umat Islam khususnya.

Di mana pembela-pembela hak asasi dan persatuan-persatuan wartawan, aktivis-aktivis sivil dan NGO-NGO Islam ketika mana insiden-insiden seperti ini berlaku?

Di mana Majlis Peguam, Suaram dan Suhakam?

Di mana Sisters In Islam dan Islamic Renaissance Front?

Bukankah perjuangan kamu semua untuk membela keadilan?

Apakah keadilan bagi umat Islam terkeluar dari senarai kepentingan kamu semua?

Di tengah-tengah gelombang kemarahan umat Islam, adakah kita melihat atau membaca parti politik DAP yang rasis cauvinis itu mengecam akhbar The Star milik MCA berhubung tajuk dan gambar muka depan yang berniat jahat itu?

Saya tidak percaya DAP akan tergamak untuk melukakan hati sahabat seperjuangannya.

Demikian juga saya yakin yang Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan berani melakukan apa-apa tindakan yang akan menimbulkan “kemurkaan” DAP.

Malah ada juga di kalangan pemimpin PAN yang memperlekehkan bantahan umat Islam terhadap penerbitan The Star yang kontroversi itu.

Saya juga tidak merasa terkejut mebaca kritikan Institut Wartawan-wartawan Malaysia turut mengecam tindakan PDRM dan KDN ke atas The Star [Insya-Allah akan diulas pada kesempatan lain.]

(http://ift.tt/2rDt5aPa).

Justeru, saya berpendapat bahawa penerbitan The Star patut digantung lesennya dan dibatalkan permitnya.

Adalah tidak keterlaluan bagi umat Islam untuk menuntut pertanggungjawaban daripada Pengarah Urusan dan CEO The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Kalau tidak “liable” secara langsung, beliau harus bertanggungjawab di atas tindakan yang dilakukan oleh kakitangan bawahannya.

Tindakan yang paling sesuai adalah dengan meletak jawatan.

Mohd Luttfi Abdul Khalid

The post Pengarah Urusan dan CEO The Star mesti bertanggungjawab appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?