Peniaga online tipu diculik dipenjara tiga bulan

BATU GAJAH, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Gara-gara menipu diculik dan menviralkan ceritanya di media sosial, seorang peniaga online dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Wanita berkenaan, isteri seorang anggota polis berpangkat koperal di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak mengaku bersalah membuat cerita palsu kononnya diculik ketika menghantar barang kepada pelanggan di Taiping pada 3 Mei.

Bagaimanapun kes penculikan wanita itu menjadi tular di Facebook selepas dimuat naik oleh pengguna laman sosial.

Majistret Mohd. Fitri Sadaruddin memerintahkan hukuman penjara terhadap wanita itu, Nurfauzilah Ariffin, 39, berkuatkuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 9 Mei lalu.

Mengikut tuduhan, ibu enam anak itu didakwa memberi maklumat palsu melalui Whatsapp dengan menghantar pesanan suara meminta tolong dan menghantar pesanan melalui mesej di Facebook miliknya dengan mendakwa berada dalam tahanan seseorang dalam tulisan bahasa Indonesia.

Perbuatan Nurfauzilah didakwa telah menyebabkan satu laporan polis dibuat suaminya di IPD Perak Tengah, sehari kemudiannya.

Pertuduhan terhadap Nurfauzilah dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar mengikut Sekyen 182 kanun yang sama kerana membuat keterangan palsu.

Sesyen memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

The post Peniaga online tipu diculik dipenjara tiga bulan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?