Peranan guru, ahli akademik masih kukuh dalam era digital: MPN

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Peranan guru serta ahli akademik masih kukuh dan relevan dalam ledakan era digital yang menyaksikan kemajuan penggunaan teknologi secara radikal, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Beliau percaya teknologi sama sekali tidak boleh menggantikan peranan guru dan ahli akademik meskipun teknologi banyak membantu proses pengajaran serta pembelajaran secara kreatif.

“Peranan guru dan ahli akademik sangat kritikal khususnya dalam membentuk sahsiah serta keperibadian yang luhur dalam kalangan pelajar dan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan Hari Guru 2017 bertemakan ‘Guru Pembina Bangsa Negara’ di sini hari ini.

Justeru, Raduan berkata Hari Guru perlu disambut secara meriah sebagai menghargai jasa golongan tersebut yang memainkan peranan besar mendidik pelajar menjadi insan cemerlang serta berkualiti tinggi.

“Seiring dengan tema sambutan, peranan para guru sangat besar dalam mengisi kemerdekaan negara sekaligus mencarta transformasi nasional. Gurulah yang mendidik dan menjana pelajar dalam melahirkan insan unggul serta tenaga kerja berpengetahuan malah berkemahiran tinggi,” katanya.

Jelasnya, MPN menerusi Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan akan terus berusaha memartabatkan profesion guru sekaligus bersama-sama kerajaan serta pemegang taruh yang lain dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.

— BERNAMA

NMA RV ROS

The post Peranan guru, ahli akademik masih kukuh dalam era digital: MPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian