Perutusan Ramadhan 1438 Hijrah Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

Alhamdulillah kita dikurniakan rezeki dan peluang untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadhan, bulan yang dimuliakan Allah s.w.t. Selamat menyambut bulan Ramadhan bagi seluruh umat Islam di serata dunia, rakyat Malaysia serta aktivis-aktivis Isma yang dikasihi.

Saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian untuk merenungi hubungan kita dgn Allah s.w.t, kutulusan kita dalam memperjuangkan ubudiah dan mengangkat martabat agama Alllah. Moga Ramadhan tahun ini akan menjernihkan jiwa kita dan meningkatkan kualiti perjuangan kita.

Kita menyambut Ramadhan pada tahun ini dalam keadaan umat islam dan dunia Islam masih berdepan dengan kekejaman sistem dunia yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Sistem yg diasaskan atas dasar kufur dan balas dendam terhadap agama tauhid dan risalah muhammadiah. Sistem yang langsung tidak berpihak kepada agama Islam dan umat Islam.

Kita juga melihat seruan keadilan yang dibawa Barat penuh dengan hipokrasi, tidak membawa keamanan kepada dunia bahkan telah merosakkannya. Nyawa umat Islam tidaklah makin selamat malah tahun demi tahun semakin ramai yang menderita. Jika direnungi janji-janji keadilan yang dibawa oleh Barat tidak sampai 20 tahun ke belakang, kita dapat lihat hasilnya adalah kehancuran, kemusnahan, penghinaan, kemiskinan dan kesusahan. Apakah yang umat Islam dapat di Afghanistan, Iraq, Libya dan Syria? Jika dijanjikan perkara yang sama sekali lagi, adakah orang-orang Islam masih lagi akan tertipu?

Umat Islam perlu bangkit dalam keadaan bersatu-padu, tidak tertipu dengan janji-janji atau berjuang dalam belaian ideologi serta bantuan musuh. Tidak ada kemuliaan dalam dakapan mereka dan tidak ada kemenangan Islam dalam perancangan mereka. Umat Islam perlu bangkit menghadapi pembunuhan, penindasan, kezaliman dan ketidakadilan yang dikepalai Barat. Usaha dan penyelesaian harus datang daripada umat Islam sendiri, tanpa mengharapkan belas ehsan musuh dan hanya mengharapkan apa yang ada di sisi Allah.

Semoga Ramadhan kali ini memperkuat kesungguhan kita memperjuang agama Allah serta membersihkan jiwa umat Islam untuk sama-sama bersatu-padu serta diberikan ketajaman akal untuk membawa penyelesaian kepada kemelut umat.

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Isma

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian