Polis sahkan Muhammad Wanndy terbunuh di Syria

KUALA LUMPUR, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Polis mengesahkan militan IS rakyat Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, terbunuh di Syria.

“Selepas mengkaji maklumat perisikan, kami boleh mengesahkan bahawa Wanndy terbunuh dalam serangan di Raqqa, Syria pada 29 April,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter @KBAB51.

Mohammad Wanndy yang juga dikenali sebagai Abu Hamzah Al-Fateh, dipercayai menjadi perancang kepada beberapa serangan di rantau ini, termasuk di pusat hiburan di Puchong, tahun lalu.

Dalam kejadian itu, dua individu yang bersimpati dengan IS membaling bom tangan ke arah kelab malam Movida di Puchong mencederakan lapan orang.

Tatkala tindakan itu dianggap satu kejayaan serangan pengganas di Malaysia setakat ini, ia dilaporkan sukar diterima oleh pemimpin IS di Iraq dan Syria.

Berikutan itu, pemimpin IS dilaporkan mula hilang keyakinan kepada Muhammad Wanndy, 26, yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka.

Berita mengenai kematiannya mula tersebar selepas isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, mengumumkannya dalam laman Facebook bulan alu.

Katanya, Mohammad Wanndy mungkin terbunuh dalam serangan dron di Syria.

Nor Mahmudah, juga berada di Syria bersama suaminya sejak 2014.

The post Polis sahkan Muhammad Wanndy terbunuh di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian