Rasuah penjawat awam di tahap kritikal: SPRM

ALOR SETAR, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kegiatan rasuah dalam kalangan kakitangan awam di Malaysia berada pada tahap kritikal.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sebanyak 2,329 kes telah disiasat oleh agensi itu dan 1,088 kes atau 46 peratus darinya membabitkan penjawat awam antara tahun 2014 dan 2016.

“Kita perlu menerima kenyataan bahawa rasuah dalam kalangan penjawat awam mencapai tahap kritikal.

“Kami menggesa kepada semua ketua-ketua unit dan jabatan untuk memantau pegawai dan kakitangan bawahan mereka serta bekerjasama dengan SPRM dalam melaporkan amalan rasuah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, golongan muda berusia 40 tahun ke bawah adalah sebahagian besar antara yang terlibat dalam kegiatan rasuah.

“Menurut laporan itu, daripada 2,329 kes yang disiasat, 54 peratus mereka yang terlibat adalah berusia 40 tahun ke bawah,” katanya.

The post Rasuah penjawat awam di tahap kritikal: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian