Ribuan umat Islam berhimpun desak Ahok dipenjara

JAKARTA, 9 Syaaban 1438H, Sabtu – Sekali lagi umat Islam Indonesia berhimpun semalam mendesak Gabenor Basuki Tjahaja Purnama Ahok, yang berdepan tuduhan menghina al-Quran dipenjarakan.

Sebahagian mereka membawa bendera dan sepanduk tertulis ‘Penjarakan Penista al-Quran’, ‘Keadilan mesti ditegakkan’ dan ‘Ahok mesti dipenjara.’

Mereka berarak selepas solat Jumaat di Masjid Istiqlal di tengah Jakarta, seterusnya berhimpun di bangunan Mahkamah Agung.

Panel lima orang hakim dijangka mengumumkan keputusan perbicaraan terhadap Ahok Selasa ini.

Bulan lalu, Pendakwa Raya meminta mahkamah menangguhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Ahok..

Ahok dituduh menghina Islam tahun lalu apabila satu video tersebar menunjukkan dia memberitahu pengundi bahawa mereka ditipu dengan satu ayat Surah Al-Maidah yang melarang pengundi Muslim memilih bukan Islam sebagai pemimpin.

Penggal perkhidmatan Ahok berakhir Oktober ini. – Agensi

The post Ribuan umat Islam berhimpun desak Ahok dipenjara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?