SPRM jamin heret semua pemimpin terlibat rasuah

KUALA LUMPUR, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Mana-mana pemimpin yang dikesan terlibat rasuah tidak akan terlepas daripada diheret ke muka pengadilan meskipun memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Demikian jaminan yang diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad kepada rakyat hari ini.

“Saya tidak ada apa-apa agenda peribadi dan saya mahu SPRM dihormati dan disegani. Saya tidak mendapat apa-apa arahan daripada mana-mana pemimpin atau ahli politik,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Katanya, suruhanjaya itu kini telah memulakan siasatan terhadap kes membabitkan ahli-ahli politik termasuk kes berprofil tinggi.

Namun jelas Dzulkifli, pihaknya tidak akan memulakan sebarang tindakan sehingga selesainya proses pemilihan PRU14 yang dijangka penghujung tahun ini.

“Siasatan telah pun dimulakan, tetapi kami tidak mahu diheret dalam kancah politik kerana setiap kes pasti akan jadi modal pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan tegas berhubung perkara itu apabila pembubaran Parlimen diumum kelak bagi proses demokrasi.

“Bila Parlimen dibubarkan nanti, saya akan mengeluarkan kenyataan yang keras. Ini kerana ahli politik perlu terus bersih dan ada yang dapat kuasa kemudian jadi korup,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya bijak dalam memilih pemimpin yang benar-benar bersih serta bebas daripada sebarang unsur rasuah.

The post SPRM jamin heret semua pemimpin terlibat rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?