Tahaluf siyasi PAS-PKR dimuktamad esok
KOTA BHARU, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, kedudukan tahaluf siyasi PAS dengan PKR akan ditentukan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama (MSU) di ibu negara, esok.
Beliau yang akan menghadiri mesyuarat berkenaan berkata, ia susulan usul yang diluluskan pada Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
“MSU akan membincangkan usul hubungan politik dengan PKR sebelum keputusan dimuktamadkan.
“Apa-apa keputusan akan diketahui selepas perbincangan pada mesyuarat terbabit,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah, Pondok Beta Hilir, di sini, hari ini.
Pada 30 April lalu, Muktamar PAS Ke-63 meluluskan usul supaya parti itu bertanding di kerusi PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dalam muktamar itu juga, usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan turut diluluskan.
Usul dikemukakan perwakilan daripada PAS Kawasan Kota Raja dan Kuala Terengganu, diluluskan tanpa bahas bersama tujuh lagi usul lain.
The post Tahaluf siyasi PAS-PKR dimuktamad esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan