The Star tak ambil pengajaran, ulang kesilapan Nanyang Siang Pau

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 3 Ramadan 1438H, Isnin – PAS menyifatkan akhbar berbahasa Inggeris, The Star tidak mengambil pengajaran, sebaliknya mengulangi kesilapan sama sebagaimana yang dilakukan Nanyang Siang Pau sebelum ini.

Mengulas isu kontroversi penerbitan muka hadapan akhbar anti-Islam itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kesilapan The Star menyiarkan gambar mengaitkan umat Islam di Malaysia dengan keganasan, tidak memadai dengan hanya memohon maaf.

Katanya, penyiaran memperlekehkan agama dan sentimen kaum seperti itu bukan pertama kali berlaku secara terbukan dan berani oleh pihak berkenaan.

“Sebelum ini Nanyang Siang Pau telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban. Telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia yang sepatutnya hidup makmur dalam masyarakat berbilang kaum tanpa penghinaan sedemikian rupa.

“The Star gagal mempelajarinya. Masih mengulangi kesilapan serupa. Nampaknya makin berani dan nekad. Permohonan maaf setelah berkali-kali insiden serupa berlaku merupakan satu lagi siri penghinaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru beliau mendesak kerajaan supaya lebih serius dalam menangani isu itu, dan tidak hanya memandang remeh serta memberi muka terhadap pihak yang berulang kali menghina Islam.

“Sampai bila kesabaran ummat Islam mahu diuji sedemikian rupa? Kesabaran ummat Islam dicabar terus menerus. Mereka cetus provokasi supaya keamanan dan kemakmuran negara tergugat? Kemudian mereka akan jadikan ummat Islam sekali lagi sebagai kambing hitam?

“Persoalannya kenapa mereka makin berani? Sama ada mereka semakin angkuh dengan sokongan ekonomi dan politik yang mereka perolehi atau ummat Islam semakin lemah kerana berpecah sesama sendiri,” katanya.

Malah, beliau turut menyeru semua pihak supaya berhenti dari mencetuskan provokasi atau sebarang percubaan untuk menguji kesabaran orang Islam.

“Kembalikan keamanan dan keharmonian negara dengan semua pihak khasnya media saling hormat menghormati dan memelihara sensitiviti keagamaan serta perkauman.

“Kami tidak mahu The Star mengambil sikap sama seperti DAP yang anti Islam mengekspkoitasi isu, kerana kami yakin di luar sana ramai non muslim yang tidak bersetuju dengan sikap seperti ini,” katanya.

The post The Star tak ambil pengajaran, ulang kesilapan Nanyang Siang Pau appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian