Tiga lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman

GEORGE TOWN, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Tiga lagi pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang zakat negeri.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret L. Umma Devi yang membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Semalam, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban dalam kenyataan berkata, tiga pegawai lelaki itu yang berusia antara 33 dan 49 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang, Isnin di pejabat ZPP.

Jumlah itu menjadikannya 15 individu telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan tersebut.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang menahan 12 suspek termasuk pegawai kanan dan tiga pegawai ZPP serta lapan kontraktor berusia antara 41 dan 52 tahun.

Dua pegawai ZPP telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang manakala lapan kontraktor turut dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, tempoh reman bagi pegawai kanan ZPP dan seorang lagi pegawai badan itu disambung empat hari lagi bermula semalam.- Bernama

The post Tiga lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?