Tun M sindir siapa Melayu hilang sifat malu, tak segan mencuri, membodek

BANGI, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Sesetengah bangsa Melayu kini telah hilang sifat malu, hingga ada yang tidak berasa segan untuk mencuri atau membodek, walaupun pendapatannya mencukupi.

Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, masyarakat sekarang ini juga tidak berasa malu apabila dipimpin oleh individu yang diketahui telah mencuri dan melakukan pelbagai jenayah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu yang menulis dalam blog beliau hari ini, berkata ada pihak yang dituduh mencuri, tetapi oleh kerana tiada perasaan malu, dia hanya tersenyum sahaja.

“Ada yang apabila dituduh mencuri, orang yang tidak tahu malu akan hanya senyum. Sepatutnya perasaan malu akan menyerang masyarakat jika ada di kalangannya seseorang atau kumpulan terlibat dengan perbuatan jenayah. Tetapi hari ini ada orang Melayu tidak sedikit pun berasa malu jika dipimpin oleh pemimpin yang diketahui telah mencuri dan melakukan pelbagai jenayah.

“Jauh dari menjauhkan diri dari pemimpin seperti ini, ramai juga yang sanggup berkongsi hasil pencurian ini. Ada yang menolong menutup jenayah ini dan mendakwa pemimpin tidak tahu dan telah ditipu. Apabila pengawai yang ditugas menguatkuasa undang-undang atau aturan peraturan, disoal, tanpa segan-segan tanpa malu, mereka menyalahtafsir undang-undang,” katanya.

Walaupun tidak menyebut siapa yang dimaksudkan oleh beliau sebagai ‘pencuri’, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir beberapa kali dalam ceramah umumnya mendakwa Najib telah mencuri berbilion-bilion ringgit wang negara. Beliau juga mendakwa Malaysia kini dikenali sebagai negara kleptokrasi kerana diperintah oleh pencuri, penyamun dan perompak.

Dalam tulisan hari ini, Tun Dr Mahathir memberi contoh orang Jepun yang sanggup membunuh diri kerana malu apabila gagal menjalankan tugasnya atau tidak sebaik yang diharapkan atau melakukan sesuatu yang tidak baik dalam pandangan masyarakatnya.

“Dalam masyarakat Melayu perasaan malu berbeza dengan orang Jepun. Mereka berasa malu jika kain terlondeh di hadapan orang. Jika gagal menjalan tugas yang diberi atau diamanah, perasaan malu tidak mengganggu fikiran mereka. Jika mereka mengambil atau melesapkan duit yang diamanahkan kepada mereka juga mereka tidak berasa malu.

” Jika terjadi padanya sesuatu yang diketawa masyarakat atau dianggap tidak mengikut budaya mesyarakat Melayu perasaan malu tidak melandanya dengan kuat. Sedikit sangat perasaan malu di kalangan orang Melayu.

“Hari ini perasaan malu di kalangan orang Melayu sudah terhakis lagi. Walaupun sudah ada pendapatan yang mencukupi, tetapi jika terdapat peluang untuk melesapkan wang yang diamanah kepadanya perasaan malu tidak menghalang perbuatan yang salah ini. Kebanyakan bersedia menerima apa yang diberi percuma tanpa segan-segan. Punca pemberian ini tidak disoal,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata, salah satu daripada pelakuan yang tidak baik dan sepatutnya memalukan ialah amalan membodek.

“Tidak ada perasaan malu barang sedikit pun apabila dikesan dan diperkatakan tentang perbuatan yang tidak baik olehnya. Menyalahguna hak membuat keputusan kerana ingin membodek tuannya tidak memalukan orang tertentu ini.

“Masyarakat yang memiliki ramai yang tidak tahu malu tetap akan rosak dan mundur. Anggotanya dan bangsanya akan dipandang hina. Inilah yang sudah terjadi pada bangsa Melayu sekarang,” katanya.

Tak semua perjuangan parti dalam Pakatan Harapan kita setuju, kata Tun Dr Mahathir

Siapa nak hormat Malaysia ditadbir pencuri, kata Tun Dr Mahathir

KEMAS KINI: Najib sedang buat kerja lebih teruk daripada 1MDB, kata Tun Dr Mahathir

The post Tun M sindir siapa Melayu hilang sifat malu, tak segan mencuri, membodek appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian