Ubah wang haram: Pengasas JJPTR ditahan polis

GEORGE TOWN, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Pengasas JJ Poor To Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua orang kanannya telah ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa di Petaling Jaya.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan susulan penahanan itu tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata, susulan siasatan ke atas JJPTR, lapan lokasi berlainan di Pulau Pinang telah diserbu skuad Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, JSJK, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara dan Sekuriti Siber.

15 pekerja dan empat pelabur telah ditahan semasa serbuan untuk proses dokumentasi dan disoal siasat.

Difahamkan, daripada 15 pekerja yang ditahan, 13 adalah wanita, manakala tiga daripada empat pelabur yang ditahan juga adalah wanita.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat tempatan.

“Turut dirampas tujuh buah komputer dan komputer riba, mesin kira wang tunai, beratus-ratus dokumen syarikat JJPTR, televisyen, kamera litar tertutup dan wang tunai RM3,300,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Acryl Sani, lapan lokasi serbuan tersebut yang terdiri daripada beberapa pejabat dan unit kediaman, dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket itu.

Selain itu, Acryl Sani memaklumkan, tindakan membekukan akaun yang dimiliki oleh JJPTR juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

The post Ubah wang haram: Pengasas JJPTR ditahan polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian