VIDEO Persona himpit Axia, bayi maut tercampak

BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Polis meminta seorang pengguna laman sosial dengan nama Kugan Kathergesan tampil membantu siasatan nahas di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, kelmarin, yang menyebabkan seorang bayi tiga bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta terbabit.

Kathegesen, dikatakan memuat naik klip video menggunakan kamera dalam keretanya, yang menunjukkan bagaimana kemalangan maut itu berlaku dalam Facebooknya semalam.

Sebelum ini, dia juga dilaporkan memuat naik status untuk hadir di balai polis selepas mendapat nasihat daripada pakar undang-undang.

“Adakah sesiapa yang mengenali mana-mana peguam atau pusat guaman bagi membantu saya. Saya memerlukan nasihat undang-undang dan akan ke balai polis selepas itu,” katanya dalam status berkenaan.

Bagaimanapun, dalam status terbaharunya, Kathegesen berkata, dia tidak memberi kebenaran kepada Berita Harian untuk memetik kata-kata dan klip video dalam Facebooknya.

“Berita Harian, I don’t give you the right to quote my Facebook postings. Also, you don’t have the permission to re-upload my videos, remove it,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Zakaria Zainal berkata, pemandu Proton Persona yang ditahan semalam, sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan dan melakukan ujian ar kencing dan darah.

Beliau juga berkata, polis akan mengambil tindakan sekiranya wanita terbabit membuat laporan palsu.

Menurut laporan polis, pemandu Proton Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Bagamanapun, klip video berdurasi 34 saat yang dimuat naik dipercayai rakaman kemalangan itu menunjukkan Proton Persona itu menghimpit kereta Axia, sebelum kedua-duanya terbabas.

Dalam nahas kira-kira jam 1 tengah hari itu, Aril Rizqin Redza Sharil, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, manakala bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua anak mereka, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

The post VIDEO Persona himpit Axia, bayi maut tercampak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian