Wanita menyamar doktor gigi didenda RM40,000

KUALA TERENGGANU, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Seorang wanita berumur 19 tahun dijatuhi hukuman denda RM40,000 atau setahun penjara oleh Mahkamah Sesyen ekoran menyamar sebagai doktor gigi.

Tertuduh, Syidatul Hizlin Abd Hamid didakwa menyediakan perkhidmatan klinik pergigian swasta tanpa pendaftaran sah oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk memberikan rawatan pendakap gigi kepada Non Nor Izyani Megat Setia, 30, pada 10 Febuari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis Nabila Homestay, 902A, Jalan Haji Busu, Pantai Batu Burok, lebih kurang pukul 3.30 petang.

Dengan itu, Syidatul didakwa melakukan kesalahan di bawah subperenggan 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (AKTA 586) yang boleh dihukum di bawah subperenggan 5(1) (a) (i) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Malaysia, Nurul Khairiyah Samsudin di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

The post Wanita menyamar doktor gigi didenda RM40,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian