UniMAP temui kaedah tanam Harumanis luar musim
PADANG BESAR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Satu kajian yang membawa dimensi baharu dalam pertanian menerusi teknologi rumah hijau dikenal pasti mampu mengeluarkan Harumanis sepanjang tahun tanpa mengira musim. Pengarah Institut Agroteknologi Lestari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Mahmad Nor Jaafar berkata kajian tersebut menggunakan kaedah intensifikasi pertanian pintar iklim, yang mana ia boleh mengawal produktiviti Harumanis mengikut permintaan. “UniMAP telah mengetengahkan gabungan teknologi rumah hijau untuk merangsang proses pertumbuhan mangga itu dapat berlaku secara tidak bermusim. “Penyelidikan yang dijalankan juga telah membuktikan bahawa Harumanis boleh hidup subur di dalam rumah hijau dan pengeluarannya boleh dijadualkan seperti yang dikehendaki,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata, walaupun teknologi ini memerlukan pelaburan yang tinggi, namun ia dilihat lebih berkesan untuk sektor berkenaan kerana mampu mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. “Ia dijan...