11,000 anggota bomba bertugas sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Hanya 20 peratus atau 2,600 daripada 13,000 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara dibenarkan mengambil cuti sempena Aidilfitri kali ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, 80 peratus lagi akan bekerja bagi memastikan perkhidmatan pasukan itu tidak terjejas dalam keadaan yang memerlukan, termasuk membantu mangsa kemalangan jalan raya.

“Seperti biasa pada musim perayaan, biasanya berlaku kemalangan disebabkan banyak kenderaan di jalan raya selain faktor lain.

“Pada saat itulah, setiap pegawai dan anggota JBPM diperlukan bagi menangani pelbagai kes kemalangan dan kecemasan,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini.

Wan Mohd Nor berkata, mereka akan bertugas mengikut jadual yang ditetapkan di balai-balai JBPM serta melakukan rondaan berkala di sekitar kawasan perumahan dan premis-premis bangunan sepanjang musim perayaan nanti.

Beliau berkata, pegawai dan anggota JBPM yang bekerja pada Hari Raya Aidilfitri akan dibenarkan bercuti secara bergilir, selepas itu.

The post 11,000 anggota bomba bertugas sempena Aidilfitri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian