Agenda Kit Siang, portal liberal mahu malukan UUM, Dr Kamarul

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Ramadan 1438H, Khamis – ‘Tak bertamadun dan bacul!,” Hanya itu sesuai dalam menggambarkan tindakan Lim Kit Siang, dan media liberal yang mengaitkan Dr Kamarul Zaman Yusuff dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika pensyarah itu memberikan pandangan peribadi berhubung Hannah Yeoh.

Menyelar sikap pemimpin rasis dan cauvinis DAP itu, Timbalan Dekan dan Pensyarah Fisiologi USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, Kit Siang tidak berhak mengekang kebebasan bersuara individu, lebih-lebih lagi cuba mengaitkan Dr Kamarul dengan institusi di mana beliau bekerja.

“Fakta kes adalah di mana Dr Kamarul telah mengguna Facebook peribadi beliau untuk menegur kandungan buku yang beliau rasakan mengandungi unsur-unsur proselytisation. Hannah Yeoh, Kit Siang dan DAP boleh sahaja terus berhujah menangkis dakwaan Dr Kamarul tanpa mengheret UUM dalam kancah kemelut perbincangan.

“Saya kira ia satu tindakan bacul apabila menekan sesebuah institusi hanya kerana atas satu pandangan kakitangan mereka yang dibuat atas kapasiti peribadi. Malah, ia satu cubaan menakut-nakutkan orang awam untuk memberi pandangan, terutama yang melibatkan ahli politik, kerana ahli politik seperti Kit Siang dan Hannah Yeoh akan sentiasa cuba memalukan institusi individu tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut Prof Rafidah berkata, bukan setakat DAP, bahkan media-media liberal juga mengambil peranan itu untuk memenangkan puak mereka.

“Saya dapati portal seperti Malaysiakini juga telah melancarkan serangan besar-besaran yang disproportionate atau tidak sepadan dengan pandangan seorang individu ke atas ahli politik.

“Sebelum ini, saya tidak pernah melihat Malaysiakini memastikan setiap surat atau ‘opinion’ berbentuk kecaman oleh pembaca portal ini ke atas seseorang individu yang bukan ahli politik, tersiar, hampir setiap hari. Dalam kes Dr Kamarul, kecaman terhadap beliau berlangsung hampir setiap hari sejak dua minggu lalu.

“Saya juga tidak terkejut dengan helah Malaysiakini yang secara halus menekan individu dengan mengaitkan institusi atau majikan mereka, walaupun pandangan mereka berkait terus secara profesionalisme dan disertakan dengan fakta,” katanya.

Prof Rafidah berkata, beliau juga pernah menerima nasib sama apabila pandangan peribadi yang disampaikannya diputar belit.

“Saya juga menjadi mangsa modus operandi Malaysiakini apabila mereka mengubah tajuk berita satu pandangan saya, yang ketika itu dibuat atas platform penglibatan saya dalam sebuah NGO wanita, dengan menfokuskan jawatan saya di dalam universiti di dalam artikel mereka.

“Saya tidak sempat ‘screencapture’ tajuk asal, tetapi mujurlah seorang pembaca menegur Malaysiakini kerana mengubah tajuk tersebut,” katanya.

Hakikatnya tindakan pemimpin DAP dan media liberal ini katanya, adalah usaha untuk menekan universiti agar mengambil tindakan ke atas staf mereka, ke atas perkara atau pendapat yang ditakrifkan salah mengikut agenda portal-portal yang membawa fahaman liberal ini.

“Sudah tentu, artikel yang menekankan institusi lebih daripada pendapat asal seseorang individu, melahirkan komentar dan kecaman ke atas universiti masing-masing.

“Cuma saya harapkan, ahli akademik tidak gentar dan akan berani bersuara, malah tidak terkesan dengan taktik tidak bertamadun ini dalam menyampaikan kebenaran,” katanya.

Setakat ini, antara yang menjadi mangsa DAP, portal liberal dan ultra kiasu Cina daripada MCA dan Gerakan ialah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, yang sehingga kini tidak dibenarkan lagi menulis dan memberi pandangan peribadi dalam mana-mana akhbar atau media.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan oleh pihak pengurusan universiti tempat beliau bertugas, selepas pemimpin politik termasuk daripada Barisan Nasional, menggesa universiti terbabit memberi amaran kepadanya.

The post Agenda Kit Siang, portal liberal mahu malukan UUM, Dr Kamarul appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian