Bapa tiri dera kanak-kanak lima tahun direman 7 hari

BESUT, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah mengeluarkan perintah itu di Mahkamah Majistret Besut di sini selepas suspek ditahan polis bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman dari Felda Tenang di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 3.30 pagi.

Difahamkan, keputusan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu semalam menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan koyakan pada usus kecilnya.

Mayat Muhammad Hairil Amsyar yang dibawa pulang dari HSNZ telah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bukit Tanah Besut petang semalam.

The post Bapa tiri dera kanak-kanak lima tahun direman 7 hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian