Hasrat pelajar tahfiz meninggal dunia di bulan Ramadan termakbul

BANGI, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Gambar sekeping kertas menunjukkan seorang pelajar Pusat Tahfiz Al-Hashimi menulis hasratnya mahu meninggal dunia di bulan Ramadan tular di media sosial.

Azam itu dicatatkan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, jam 9.55 malam, 24 Mei lalu.

Muhammad Hakimi, terkorban dalam kemalangan di KM 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, pagi Jumaat, bersama enam pelajar lain.

“Mati di bulan Ramadan dengan keredaan-Nya,” demikian tulis Muhammad Hakimi dalam sekeping kertas.

Ia menjadi azamnya yang ke-10 dan terakhir ditulis olehnya, bersama sembilan azam lain.

Difahamkan, setiap pelajar tahfiz di pusat tahfiz berkenaan perlu menyatakan azam masing-masing sebelum ketibaan Ramadan dengan menulisnya di atas kertas yang disediakan.

Antara azam lain yang ditulis olehnya adalah selalu berdoa kebaikan ke atas umat Islam, khatam al-Quran, Qiamullail, menginfaqkan harta dan lain (sekadar mampu) dan bercakap perkara penting sahaja.

Allahyarham turut berazam untuk menahan diri daripada berkeluh-kesah dan membuang keegoan diri.

The post Hasrat pelajar tahfiz meninggal dunia di bulan Ramadan termakbul appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian