Ibu dakwa aksi anak hisap dadah hanya lakonan sakitkan hati bekas suami

ALOR SETAR,19 Ramadan 1438H, Rabu – Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung video yang viral di media sosial, memaparkan anak lelakinya berusia tiga tahun kononnya diberikan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, wanita berusia 27 tahun itu bagaimanapun mengaku tindakan itu dibuat hanya sebagai lakonan.

Katanya, wanita berasal dari Taman Gurun Jaya itu memberitahu dia berbuat demikian bagi menyakitkan hati bekas suaminya.

“Dia juga menyatakan bahawa paip yang diberikan kepada anaknya adalah kosong dan tidak mengandungi sebarang dadah.

“Wanita terbabit yang mempunyai dua rekod jenayah iaitu dadah serta memiliki senjata berbahaya dan anaknya kemudian dibawa ke hospital untuk diambil sampel darah dan ujian air kencing mereka adalah negatif,” katanya.

Kelmarin, seorang nenek dari Havard Estate Bahagian 2, Gurun, terkejut apabila melihat tujuh video memaparkan cucu diberi dadah oleh teman lelaki bekas menantunya.

Wanita berusia 53 tahun itu melihat rakaman video itu selepas ditunjukkan oleh seorang lagi cucunya.

Selepas penahanan itu, Mior Farid berkata, wanita terbabit tidak direman kerana sedang sarat mengandung manakala anaknya ditahan di wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita sudah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kuala Muda untuk tindakan serahan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 😔1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selain itu, seorang lagi suspek iaitu teman lelaki kepada wanita terbabit turut diburu bagi membantu siasatan ini,” katany

The post Ibu dakwa aksi anak hisap dadah hanya lakonan sakitkan hati bekas suami appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian