Kebakaran di London: Bayi selamat dicampak dari tingkat 10

LONDON, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Seorang bayi berjaya disambut oleh orang awam selepas dicampak daripada Grenfell Tower ekoran kebakaran yang melanda menara itu, kata saksi.

Samira Lamrani berkata, dia melihat seorang wanita cuba untuk menyelamatkan bayi dengan menjatuhkannya dari tingkap samada di tingkat sembilan atau ke 10 kepada orang ramai yang sedang menunggu di bawah.

“Pada masa itu, ramai orang mula muncul di tingkap, masing-masing ada yang mengetuk-ngetuk tingkap dan menjerit.

“Tingkap wanita itu pula sedikit terbuka, dia memberi isyarat bahawa dia sedang berkira-kira untuk mencampakkan bayinya itu dan jika seseorang dapat menangkap anaknya.

“Seorang lelaki berlari ke hadapan dan berjaya menyambut bayi tersebut,” katanya.

Samira juga berkata, terdapat juga mangsa yang cuba menyelamatkan diri di waktu kecemasan itu dengan membuat paying terjun sendiri.

“Rakan anak perempuan saya berkata, dia memerhatikan seorang dewasa cuba membuat beberapa jenis payung terjun buatan sendiri dan cuba untuk menurunkan dirinya keluar dari tingkap.

“Semakin saya melihat ke atas, tingkat atas lantai. Tidak terkira ramainya.

“Terutamanya kanak-kanak, kerana jelas suara mereka, dengan suara nyaring yang tinggi – yang akan kekal dengan saya untuk masa yang lama.

“Saya boleh mendengar mereka menjerit untuk kehidupan mereka,” kata Samira. – Agensi

The post Kebakaran di London: Bayi selamat dicampak dari tingkat 10 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian