Kedudukan lima universiti tempatan melonjak dalam senarai 300 terbaik dunia

PUTRAJAYA, 14 Ramadan 1438H, Jumaat – Lima universiti penyelidikan di negara ini berjaya meningkatkan kedudukan masing-masing dalam senarai 300 universiti terbaik di dunia bagi penilaian 2017/2018 seperti yang diterbitkan oleh Quacquarelli Symonds (QS).

Lima universiti itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, berikutan peningkatan tersebut kesemua lima universiti itu kini tersenarai dalam kelompok satu peratus teratas di dunia atau 300 terbaik daripada lebih 26,000 universiti yang diiktiraf di seluruh dunia serta tersenarai di dalam QS.

“Dalam senarai diterbitkan oleh QS, UM dan UPM menunjukkan peningkatan untuk lima tahun berturut-turut iaitu dari 2013 hingga 2017. UM kekal universiti terbaik negara di kedudukan ke-114 iaitu di ambang kelompok 100 terbaik di dunia.

“UPM pula menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 182 tempat yang menjadikan kedudukan terkini di tempat ke-229, kedudukan UPM sebelum ini di tempat ke-411 dunia,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Selain itu, katanya, UKM pula me¬nunjukkan peningkatan sebanyak 39 tempat sekali gus menempatkan universiti itu di kedudukan ke-230 berbanding kedudukan 269 pada 2016 manakala USM pula berada di tempat ke-264 selepas meningkat sebanyak 91 tempat.

Manakala, UTM juga mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan apabila meningkat sebanyak 102 tempat daripada kedudukan ke-355 pada 2013/2014 kepada tempat ke-253 pada 2017/2018.

Sistem kedudukan yang dinilai oleh QS melibatkan empat bidang utama iaitu penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran dan pengantarabangsaaan.

Daripada lebih 26,000 universiti di seluruh dunia, hanya 959 disenarai pendek oleh QS untuk berada dalam ranking dunia badan itu.

The post Kedudukan lima universiti tempatan melonjak dalam senarai 300 terbaik dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian